Objektif
penubuhan DEB
DEB
dilaksanakan kerana program-program yang dilancarkan selepas kemerdekaan belum
dapat diselesaikan.
Jurang
sosioekonomi antara bumiputera dan bukan bumiputera. Bumiputera hanya lebih
kepada kawasan kampung dan bukan bumi putra tertumpu pada kawasan estat dan
Bandar.
Jurang
sosioekonomi antara desa dan Bandar. Desa lebih tertumpu pada pertanian
tradisional. Manakala di bandarlebih kepada perindustrian.
Jurang
sosioekonomi antara negeri pantai barat dan negeri di pantai timur di mana
industri pertanian mereka lebih maju.
Jurang
sosioekonomi antara negeri semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.Negeri sabah
dan Sarawak jauh ketinggalan dalam bidang pendidikan.
Faktor
penubuhan DEB
Pelan
tindakan perlu dilakukan dengan segera untuk mengatasi masalah ketidakstabilan
jurang sosioekonomi tersebut. Secara keseluruhannya matlamat DEB bersifat
seperti “serampang dua mata” iaitu Membasmi kadar kemiskinan rakyat dengan
memberi banyak peluang pekerjaan dan menambah pendapatan kepada semua rakyat
tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Aspek
Kemiskinan
Aspek
kemiskinan menjadi satu tumpuan utama dalam DEB . Kemiskinan punca perpaduan
masyarakat sukar dipupuk apabila jurang di antara kemiskinan dan kekayaan yang
paling ketara dalam kalangan masyarakat. Masalah kemiskinan ini bukan hanya
berlaku di luar bandar, malah berlaku juga di bandar.
Kaum
bumiputera pada ketika itu berada pada kadar kemiskinan yang majoritinya
menguasai dalam sektor pertanian tradisional. Selain itu terdapat punca-punca
lain yang dikaitkan dengan kadar kemiskinan di Malaysia iaitu bencana alam yang
menyebabkan penyakit dan kerosakan pada tanam-tanaman.Kejatuhan harga barang
eksport dalam ekonomi dunia. Saiz isi rumah rakyat Malaysia pada ketika itu
yang terlalu besar. Penggantungan pada orang tengah yang mengeksploitasi
pengeluar dengan membeli harga dengan lebih murah dan menjual pada harga yang
jauh lebih mahal.Kekurangan input yang dapat meningkatkan kadar pengeluaran
yang lebih besar.Corak pertanian tradisional, faktor-faktor sosial dan budaya.
Fungsi
DEB
Strategi
pembasmian kemiskinan
Kerajaan
telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan untuk semua golongan terutamanya
penganggur .Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.Memberi peluang kepada
pekerja bersektor rendah pengeluarannya berpindah kepada sektor yang lebih
lumayan.Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dan kawasan bandar dan luar
bandar.Memodenkan kehidupan di luar bandar.Wujudkan kumpulan perusahaan dan
perdagangan bumiputera. Mengadakan suasana pekerjaan dengan berbilang kaum.
Membaiki taraf kehidupan dan kualiti hidup rakyat melalui pendidikan.
Melanjutkan pelajaran dalam dan luar negara bagi menambah jumlah pekerjaan
dalam bidang profesional.Membina lebih banyak sekolah di luar bandar untuk
memberi pendidikan kepada anak-anak di luar bandar agar mendapat pendidikan
yang serupa dengan anak-anak di bandar.Kemudahan biasiswa kepada pelajar yang
mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan untuk melanjutkan pelajaran ke
universiti awam.Buku teks percuma kepada pelajar sekolah. Makanan tambahan
kepada anak-anak yang memerlukan.Dari segi Kesihatan. Kerajaan Memberi
kemudahan perubatan dan kesihatan kepada penduduk.Program rumah murah di setiap
negeri. Bekalan air dan elektrik pada seluruh kawasan perumahan. Kapada
pertanian kecil pula,kerajaan memberi subsidi baja untuk hasil tanaman mereka.
Strategi
penyusunan semula masyarakat
Akibat dari
ketidakseimbangan masyarakat yang berlaku pada rakyat Malaysia, kerajaan telah
melaksanakan pelbagai program sektor ekonomi-ekonomi seperti perindustrian ,
perdagangan , pertanian , perlombongan , pembinaan , pengangkutan , pelajaran
dan perumahan. insentif yang dilaksanakan menekankan kepada konsep yang
berbentuk lebih kepada produktif dan bukan kepada bantuan kebajikan kecuali
kes-kes tertentu yang memerlukan bantuan. dengan cara ini dapat memastikan
golongan miskin ini dapat berdikari dalam setiap aktiviti ekonomi.Strategik
program penyusunan semula telah menyebabkan campur tangan kerajaan dalam agensi
khas bagi memastikan penyertaan ekonomi dan pemilikan ekuiti bumiputera yang
berkesan. Selain itu, Memperkenalkan peraturan dan kerjasama khusus bagi
penglibatan dan penyertaan bumiputera dipermudahkan dalam tempoh
masa.Peruntukan untuk konsesi fiskal dan bantuan kewangan sebagai sebahagian
dari pakej ke arah pembangunan keusahawanan.Memesatkan program untuk pendidikan
dan latihan.Menambahkan pemilikan bumiputera melalui projek penswastaan.
Mewujudkan keseimbangan di dalam pekerjaan melalui pertumbuhan ekonomi yang
saksama untuk mencerminkan komposisi etnik.
Kesan
DEB pada Masyarakat
DEB berjaya mengubah hampir seluruh
sistem sosial kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia. DEB berjaya menjalankan
strategiknya dalam menghadapi perbezaan etnik dan usaha mewujudkan keseimbangan
etnik dalam aspek kehidupan . Seperti contoh hak milik modal saham Syarikat
Berhad dalam jadual 1 dan Peningkatan dalam KDNK dan pendapatan Per Kapita
dalam tempoh 20 tahun (1970 - 1990) jadual 2
Kumpulan Hak milik
|
Tahun 1971
|
Tahun 1988
|
Tahun 1990
|
Pemastautin Malaysia
|
38.3
|
75.4
|
76.3
|
Bumiputera
|
4.3
|
19.4
|
19.6
|
Bumiputera perseorangan
|
2.6
|
13.0
|
13.6
|
Agensi Amanah
|
1.7
|
6.4
|
6.0
|
Bukan Bumiputera
|
34.0
|
56.0
|
56.7
|
Pemastautin Asing
|
61.7
|
24.6
|
23.7
|
Jumlah (Rm juta)
|
RM 6564 j
|
RM 97 971 j
|
RM 111 233 j
|
Jadual 1 Malaysia: Hak milik modal Saham
(Nilai PAR) syarikat-syarikat berhad
Maklumat
|
1970
|
1990
|
Keluaran dalam Negara kasar
|
Rm 21 548
|
Rm 59 155
|
Pendapatan per kapita
|
Rm 1 019
|
Rm 6 180
|
jadual 2 : Pendapatan Per Kapita dalam
tempoh 20 tahun (1970 - 1990)
Jadual-jadual di atas menunjukkan hasil
perubahan yang memberangsangkan.
0 comments: