Pengenalan DEB








Dasar Ekonomi Baru atau dikenali sebagai DEB Diperkenalkan pada pertengahan tahun 1970 untuk menggantikan ekonomi bebas yang telah membawa kepada ketidakseimbangan ekonomi antara kaum di negara ini dan juga sebagai reaksi kepada peristiwa hitam yang berlaku di Malaysia pada 13 Mei 1969 . Pada ketika itu , Malaysia tergolong dalam kumpulan Negara Dunia ke-3 dan merancang pelbagai pembangunan ekonomi bagi membolehkan negara ini mencapai taraf Negara Perindustrian Baru (New industrialised Country ) . DEB dilancarkan oleh kerajaan Malaysia dan dirasmikan oleh menteri Malaysia ke-2 Tun Abdul Razak atau dikenali sebagai Bapa Pembangunan melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) di antara tahun 1971 sehingga 1990 melalui Rancangan Malaysia kedua (RMK-2) hingga Rancangan Malaysia kelima (RMK-5) . Terdapat pelbagai pelaksanaan dan perubahan yang telah dilakukan semasa pelaksanaan DEB ini .


0 comments: