Metodologi kajian DEB

Semasa dalam proses kajian ini, kami melakukan dua kaedah kajian iaitu melalui kajian perpustakaan ,Internet dan kajian lapangan.

Kaedah kajian perpustakaan melalui jurnal dan majalah .Jurnal tersebut memudahkan kami untuk mencari maklumat isu semasa kajian. Selain itu, kami juga menggunakan buku Pengajian Malaysia sebagai rujukan untuk memahami konsep DEB ini dan dapat mengenal pasti cara penyelesaian. Di samping itu, kami dapat memperoleh maklumat DEB dengan lebih terperinci bagi menyiapkan tugasan ini.


           Kaedah Internet banyak membantu kami mencari pelbagai maklumat secara terperinci dan mendalam tentang DEB. Kaedah dapat menyelesaikan masalah kami dengan cepat dan tidak memerlukan banyak tenaga untuk digunakan dalam mencari maklumat tentang DEB.

Metodologi kajian kedua ialah kaedah kajian Lapangan. Kaedah ini kami telah melawat Memorial Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur .Disana kami dapat mengetahui secara terperinci tentang latar belakang Tun Abdul Razak dan keluarga beliau. Selain itu, kami dapat mengetahui tentang bagaimana terjadinya dan apa yang berlaku tentang DEB




0 comments: